KOTA MELAKA DI BUMI ACEH : PENEMPATAN MANGSA KEZALIMAN PORTUGIS ? - Navigasi info a -->
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

KOTA MELAKA DI BUMI ACEH : PENEMPATAN MANGSA KEZALIMAN PORTUGIS ?

Navigasi Info - Saya pernah dibawa oleh sahabat saya Muammar Al Farisi ke satu tempat yang bernama Kuta Malaka yang merupakan kecamatan (mukim) dalam Kabupaten (daerah) Aceh Besar. Kuta Malaka dalam ejaan Aceh adalah Kota Melaka dalam ejaan Melayu.

KOTA MELAKA DI BUMI ACEH : PENEMPATAN MANGSA KEZALIMAN PORTUGIS ?
KOTA MELAKA DI BUMI ACEH : PENEMPATAN MANGSA KEZALIMAN PORTUGIS ?


Tidak diketahui asal muasal nama tempat ini. Menurut hipotesis awal saya, ini berkemungkinan penempatan penduduk Kota Melaka yang diselamatkan angkatan tentera Aceh dari kezaliman Portugis.

Selepas menakluki Kota Melaka pada tahun 1511, Portugis mengamalkan "Portuguese Inquisition" dengan memaksa orang-orang Islam memeluk agama Kristian. Jika mereka enggan, mereka akan diseksa dengan kejam atau dibunuh.

Ramai di kalangan penduduk Kota Melaka yang dibakar hidup-hidup terutama golongan ulama. Ramai juga yang dicacatkan anggota tubuh badan dengan dibutakan mata, dipotong telinga dan hidung. Ribuan mangsa turut dijadikan hamba & buruh paksa.

Semua masjid dimusnahkan & dibakar. Begitu juga dengan rumah-rumah orang Melaka. Ahli keluarga mereka dibunuh dan dirogol di hadapan mata mereka sendiri. Selain itu, kesan2 peninggalan Islam seperti masjid, istana, perkuburan dan bangunan binaan orang-orang Islam turut dimusnahkan.

Berita kezaliman Portugis ini sampai ke pengetahuan kerajaan Islam Demak, Jepara & Aceh. Oleh itu, satu usaha digerakkan untuk menyelamatkan umat Islam di Kota Melaka. Dari Demak Pati Unus datang menyerang Melaka bagi tujuan menyelamatkan umat Islam yang ditindas. Dari sini dikatakan lahirnya pantun jihad :-

Kalau roboh Kota Melaka Papan di Jawa hamba dirikan Kalau sungguh bagai dikata Badan & nyawa hamba serahkan

Sultan Aceh pula melancarkan serangan bertali arus ke atas Portugis di Melaka dengan bantuan Uthmaniyah. Sejak zaman Sultan Ali Mughayat Syah hingga Sultan Iskandar Muda, setiap kali serangan dilakukan, mereka akan membawa pulang mangsa2 kezaliman Portugis ke Aceh.

Kemuncak serangan ke atas Portugis ialah pada tahun 1629 di mana Portugis hampir kalah dengan Aceh. Tentera Aceh hampir berjaya menawan Kota Melaka. Tentera Aceh berjaya membina kubu dari Tengkera hingga ke Bukit Cina. Serangan bertali arus dari Aceh menyebabkan kuasa Portugis mandul di Nusantara. Portugis juga dikatakan hampir bangkrap disebabkan serangan2 Aceh.

Hasanuddin Yusof Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara